Saturday, June 9, 2007

Perjuangan Puan Hjh Norlina Alawi


Rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, bertuah kerana dapat hidup aman damai penuh harmoni tanpa sebarang sekatan dan ancaman yang boleh mengugat keselamatan rakyat. Kesempatan ini memberi ruang kepada kerajaan membangunkan ekonomi dan meletakan sasaran wawasan 2020 untuk menjadi negara maju yang berdaya saing. Keperihatinan kerajaan menyediakan pelbagai infrastruktur memberikan keseimbangan pembangunan sosial yang mapan kepada rakyat Malaysia. Malangnya di dalam mengejar arus kemajuan negara, masih terdapat segelintir generasi muda yang alpa lantaran dilimpahi kemewahan dan kurang kesedaran hidup terlibat dalam masalah sosial yang memberikan impak kepada masyarakat dan turut menjadi masalah utama negara.

Penagihan dadah, hubungan seks bebas dan kandungan di luar nikah merupakan penyumbang utama kepada penyakit HIV/AIDS di negara ini yang mana ia terus meningkat setiap tahun. Menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2003, terdapat 7,900 kes jangkitan HIV baru, 4,400 kes di peringkat AIDS yang menyebabkan kematian seramai 4,100 orang. Kesan dari kematian ini wujudnya 4,000 anak-anak yatim yang terbiar dan tersisih oleh masyarakat akibat stigma dan kurangnya pengetahuan terhadap penyakit HIV/AIDS. Tidakkah terlintas difikiran kita di manakah mereka ingin mengadu nasib? Di mana mereka ingin berlindung? Siapa yang sanggup memberikan mereka secebis kasih sayang? Bagaimana dengan pendidikan mereka? dan apabila mereka sakit bagaimana dengan perubatan mereka?. Semua ini menjadi persoalan, apa yang pasti kebanyakan kanak-kanak ini tidak mendapat simpati dari keluarga terdekat mereka setelah kematian kedua ibu-bapa dan tidak keterlaluan jika dikatakan mereka telah dibuang oleh keluarga dan saudara mara mereka sendiri kerana malu kepada masyarakat.

Sehingga ke hari ini, tidak ramai individu atau badan-badan NGO yang sanggup tampil ke hadapan demi membela dan menghulurkan bantuan terhadap anak-anak pesakit HIV/AIDS kerana mereka menganggap tanggungjawab ini hanya wajar diserahkan sepenuhnya kepada keluarga kanak-kanak yang terdekat dan kerajaan. Dalam berjuta rakyat Malaysia muncul juga seorang insan yang berhati mulia yang sudi membantu nasib kanak-kanak pesakit HIV/AIDS iaitu Puan Hjh Norlina bte Hj Alawi serta seluruh ahli keluarga yang terdiri dari suami, anak-anak yang masih bersekolah menengah dan rendah turut sama memikul tanggungjawab ini. Keluarga penyayang ini hanya merupakan sebuah keluarga sederhana. Puan Hjh Norlina Hj Alawi hanya menjalankan perniagaan Katering sebagai sumber pendapatan dan suaminya pula berkerja sebagai anggota tentera. Melalui dua sumber pendapatan inilah dikongsi bersama bagi membela nasib anak-anak pesakit HIV/AIDS yang memerlukan perlindungan dan pelajaran setakat yang termampu. Semuanya adalah kehendak Tuhan yang mengerakan hati, lantaran rasa keinsafan dan kesedaran bahawa mereka juga adalah makluk Allah yang bergelar insan yang mempunyai hati dan perasaan.








9 comments:

Ajami Hashim said...

Salaam Hjh Norlina..

..saya akan bantu war2kan kewujudan PERNIM di blog & sebaran e-mail.. semoga usaha puan, suami-isteri & sekeluarga akan diberkati Allah.. juga kpd anak2 itu, saya doakan semoga semuanya akan berjaya dlm hidup & masa depan mereka..

InsyaAllah :-)

mi siput said...
This comment has been removed by the author.
mi siput said...

assalamualaikum..
Sesungguhnya anak-anak itu adalah permata yang tidak ternilai. Saya kagum dengan semangat puan, mudah-mudahan Allah sentiasa memberkati usaha dan niat suci puan sekeluarga.
Saya mendoakan mereka akan jadi anak-anak yang cemerlang rohani dan jasmani dan semoga mereka dirahmati Allah. Amiin..

.... said...

Semoga hasrat murni puan diberkati allah. Saya akan sebarkan kepada semua rakan saya.

Pi Bani said...

Assalamualaikum!
Saya merupakan salah seorang sukarelawan dalam sebuah NGO di Ipoh yang menyediakan khidmat sokongan kepada pesakit-pesakit HIV/AIDS. Saya percaya salah seorang anak yang telah dihantar ke rumah Pernim pada tahun lepas merupakan anak kepada seorang wanita pesakit HIV yang pernah berada di bawah pemerhatian saya. Setelah kematian wanita itu, anak-anak beliau telah dijaga oleh bapa saudara mereka. Namun oleh kerana anak yang kecil sekali telah dijangkiti AIDS, penjaga barunya merasa agak serba-salah untuk memelihara beliau walaupun mereka menyayanginya. Saya telah berusaha untuk meyakinkan mereka bahawa tidak menjadi masalah memelihara anak itu di rumah mereka sendiri, namun selepas beberapa minggu saya diberitahu anak itu telah di hantar ke rumah Pernim walaupun terpaksa dipisahkan dengan kakak-kakaknya.

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada puan kerana memberikan perlindungan dan kasih-sayang kepada anak-anak ini.

mis humaira said...

semoga usaha puan, suami dan anak-anak mendapat keredhaan dan limpah rahmat daripada Allah SWT...

Unknown said...

Puah Hjh Norli,

Saya mendapat tahu mengenai activity murni yang puan lakukan dari seoranag rakan saya. Saya dan beberapa rakan berhajat utk membuat sumbangan bulanan kepada pihak puan. Saya harap puan dapat menghubungi saya di e-mail: aramlan@hotmail.com.

Terima kasih

odypdk said...

Tahniah, syabas, saya tersentuh bila menonton Hjh dalam TV tempoh hari bersama Dr. Fadzlah, semoga saya mendapat kekuatan untuk berkebajikan...

Unknown said...

Mama, sekarang ni mama berada di mana? Selain emel, ada cara lain tak saya nak contact mama?